Wednesday, April 27, 2011

SHO TIDO?ERM....

 SHO bukan tidor (tapi tak nafi ada juga yg sesuku tu TIDOR),SHO tu "makan hati","sakit hati","susah hati",
"patah hati", "luka hati" dan macam2 lagi "hati" & emosi. 

Nak lapor terus ke JKKP pasal majikan tak "follow" prosedur/peraturan/akta atau ikut garispanduan (berkaitan Scaffolding & lain2) nanti kata kurang ajar, tak mengenang budi, bumi mana dipijak langit tak dijunjung, tiap2/hujung bulan jumpa TOK RIMAU tak pernah miss MENGAUM, (gaji la tu). 

Nak harapkan "SO" ke, "RE", "COW" membantu menegur atau keluar memo/NCR kadang2 jauh sekali............
pasal diaorang fikir "progress" aje..............dan kadang2 termakan budi pasal belanja minum air kelapa muda + pisang goreng


Nak minta diorang keluarkan memo/NCR nanti, PM (bukan Perdana Menteri) bising2 pulak................
nanti tak "ngam" keje, susah SHO


Nak call direct /minta kawan2 ke atau pegawai JKKP buat lawatan/pemeriksaan ke site pun serba salah, takut lain yg diperiksa lain pulak yg dijumpa...............

Nak berkeras nanti kata SHO macam samseng,........
Nak buat daaa aje, nanti kata SHO tidor.............
Nak berlembut pulak nanti kata SHO macam nyah tak agresif.............
Nak, nak, nak, ...........saya tahu dalam hati SHO semuanya NAK..............

Rujuk tulisan Jass, SHO tapak bina ni tak canggih2, tak ber "knowledge", tak moden (maaf kalau salah) tak macam SHO
O&G/Factory/Plant/Marine........................bukan level SAFETY MANAGER tapi kebanyakan SHO tapak bina ni levelnya 
hanya "Site Safety & Health Officer". Tapi ada juga kekawan tapak bina yg taruk nama jawatan panjang sikit
"Health, Safety, Security & Environmetal Officer (HSSE) dan ada yg tambah sikit lagi 
HSSEL ( L tu ringkasan Logistic Officer) 

Nama dan jawatan apa2 pun boleh taruk, tapi alangkah "indah & aman" nya jika pihak JKKP dan bantuan (RAKANDOSH) kerap
buat lawatan/pemeriksaan ke tapak bina.

Faham, saya faham nanti...byk kawan2 kata saya/ SHO tapak bina tak pandai berdiplomasi/komunikasi/berbincang/memberi hujah/cadangan bernas/kreatif/kreaviti/inovatif/tak guna "method" yg betul pujuk atau terang atau diskusi dengan BOSS....
Nanti kekawan akan sediakan carta/graf/flowcart "how to communicate" ...............dan bla bla bla & bla

Kekawan, tulis dan cakap memang mudah, buka komputer buka laman NIOSH Forum dan bagi pendapat........
Ada beza, SHO yg baru dan lama........
Ada beza ,SHO keje di syarikat kecil dan besar
Ada beza, SHO keje di syarikat BSKL (papan 1 atau 2) dan yg daftar hanya di SKKM
Ada beza, SHO keje di tapak bina , O&G dan kilang dan marine......
Ada beza ,SHO keje di tapak bina yg ada ISO, OSHAS & EMS
Ada beza, SHO yg ada sijil, diploma, master, PHD

Ada beza, SHO yg bosnya stail const. kampung dan bandar
Ada beza, SHO yg keras dan lembut


Yg membezakan saya, saya tak pernah keje di O&G, Kilang, marine dan saya tak ada diploma, master, PHD

Seperti yg saya cadangkan:

1. Perkara yg asas - saman/dakwa terus
2. Kerap buat lawatan/pemeriksaan oleh JKKP
3. Budget SHE perlu di ikuti/pantau oleh JKKP
- kalau boleh laporan kewangan/perbelanjaan berkaitan SHE , JKKP perlu semak

kemalangan scaffolding tak mustahil boleh berlaku di tapak bina saya atau di lain2 tempat, anda selaku 
"Scaffold Inspector" pun ada jawapannya.........

Tapi, maaf kalau kata SHO tidor, keras sangat.........gunalah perkataan 'lembut' sikit.....terlelap ke Okey!

“KEIKHLASAN”.

Ungkapan Yang Biasa Kita Dengar Terutama Dalam Sesuatu Kisah Cinta. Di sini ada sebuah kisah cinta untuk anda…cinta yang ikhlas…sangat ikhlas….
Ada seorang jejaka terjumpa buku di taman. Di dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya, dan juga tertera ‘Aisyah yang sedang mencari sahabat hati’.
Tergerak hati jejaka itu mengutus surat dan mengembalikan buku itu kepada si gadis misteri itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia bersetuju berkawan dengan si jejaka, dan berterima kasih kerana menghantar buku yang hilang itu.
Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bertemu.
Si jejaka amat ingin bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis tersebut.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil berkhidmat misi ketenteraan di luar negara. Si jejaka susah hati kerana bimbang dia mungkin tidak dapat berjumpa gadis kesayangannya.
Maka diutus sepucuk surat berbunyi: “Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayangkan padaku, kita akan berjumpa suatu hari nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum bunga mawar berwarna merah. Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku.”
Selang beberapa tahun, pada hari kepulangan si jejaka yang diangkat sebagai perwira negara, si gadis yang setia itu menunggu kepulangan buah hatinya, sambil memegang sekuntum bunga mawar merah.
Diperhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum mawar merah,seperti dalam perjanjian mereka dahulu. Begitu juga si jejaka berdebar-debar bertemu orang yang disayangi.
Tetiba si jejaka ternampak si gadis yang gemuk, hitam, berjerawat, duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persis mencari seseorang.

Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tanganya memegang sekuntum mawar merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza imaginasinya.
Namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut dan menyapa, Aisyah? Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata: “Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu.”



Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata:”Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu dengan orang tuamu.”
Berapa ramaikah lelaki yang sesuci hati jejaka ini? Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Aisyah. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu??
Wallahulam…

“Perkara Yang Mudah Telah Dirumitkan”.

Diharap anda semua berada dalam sihat sejahtera dan sentiasa diredhai Allah…
“Perkara Yang Mudah Telah Dirumitkan”.
Itulah yang akan berlaku dalam sesebuah perancangan untuk berkahwin. Dan yang menjadi masalah ialah nilai duit hantaran yang diminta oleh setengah ibu bapa. Tinggi melampaui had dan diluar kemampuan pihak lelaki. Rasanya jika nilai duit hantaran ini tidak terlalu tinggi, ia memang memudahkan perkahwinan orang-orang bujang. Jadi yang menyukarkan adalah ibu bapa anak perempuan.
Berikut beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadith menunjukkan mudahnya untuk berkahwin, dan hadith menunjukkan perkahwinan itu perlu dipermudahkan.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi” (Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad)
Firman Allah SWT:
“..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur:32)
Hadith Rasulullah lagi,
Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya; “…3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..” (HR Tirmizi).
Hadis Sahl bin Saad r.a:
“Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu.
Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:
Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya.
Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.
Sahabat menjawab: Tidak ada!
Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: “Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin”.
Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi.
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut.

Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai.
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.
Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?
Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz ”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 2554
Wallahualam…

Beruntungnya Jadi Wanita…

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari
Cuti ini bukan cuti suka hati
Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
Jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
Mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
Tetapi dosa-dosa suami dia tidak menanggungnya…

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari…
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. G
anjaran Alah akan diberi keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat                                                                     Dia tidak mahu masuk syuga tanpa suaminya,
Jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk melepasi titian untuk masuk ke syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami                             Dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak
kaki.

Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu (lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Oleh itu wanita sekalian, sayangilah diri anda dan Suami anda…
Sepenuh Jiwa & Raga…
Wallahualam…

Thursday, April 21, 2011

Senarai Perempuan Murahan Malaya


‎1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril  
2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?  
3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh  
4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam shit kau tahu tak  
5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!  
6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial.  
7. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)  
8. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'  
9. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'  
10. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun  
11. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau  
12. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang  
13. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'  
14. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi  
15. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot  
16. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?   
17. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau  
18. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau  
19. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau  
20. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..  
21. Pakai baju sikit lagi nak 6pak puting..lengan himpit tetek bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam  
22. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe 

Wednesday, April 20, 2011

celoteh 20 april 2011

ari ni ari rabu....
hari y penat sebb xde keje....hahaha..
keje ada, tp da setel awal..bgusnya aku ni,kan...
bos..bila nk up gaji...haha..
ari ni, ada random urine test...
ada la 3 org y kena...2 org, lepas la..tp ni ada sorg y bawak mslh.
General Supervisor plak tu...
suh kencing, xdpt2..xnk2..doktor siap nk urut nk kencing, tp dia xnk...
mcm ada sesuatu...last2 aku ckp, zi, dok, aku xnk dgr korg gaduh, y aku nk tau, ada air kencing, sedia d test...
aku nk tau result cmne...
tp pas suda dia tu xnk kencing..
so, result doc, kira bad record la..kes drug hide la...
HQ da tau, so, tggu cmne lak result dor,..nk kekalkan or nk buang GS tu...
ni, jap lg aku nk kena g Suria Cherating plak...
nk g advise pihak hotel utk function esok..psl LPS Course kat sana...


dan, ari ni rindu sgt2 kat my syg..huhu..x msg lg ni..huhu..
xpe..nti mlm la msg..


bdn aku, da sakit2 lak...
sebb petg smlm da jogging, main besi, pastu mlm, g try gym plak..
fuh..aku kn nk bdn sasa bergaya..haha..
so, kena la work out sket..hehe..


pape pun, hari y mendatang, harus d hadapi..
pape y berlaku, trima dgn redha, kan..
k, lain kali aku cerita lg..cer cite..ce cite..hehe..
k..tattititutu...as salam....

Tuesday, April 19, 2011

sepanjang hidup...




Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya

OOOOO

Inilah janjiku kepadamu

Chorus:

Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku
Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku

OOOO

Inilah janjiku kepadamu

[Chorus]

Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi

aarggghhh...

aku da bosan...keje kat sini...da la gaji kecik..huhuhu..
nk tggu dpt Green book, 2 bulan lg baru dpt...baru la bole naik gaji..huhu..
xpe..xpe..sbr separuh dr keimanan,kan...hehe.
tp bkn sebb tu aku bosan..
aku bosan sebb keje..aku kena wat mcm2 keje..
da lah aku HSE Officer, kena lak jd mcm MC, LOGISTIK, GS..adouh la..mcm2..
da lari dr keje aku..bengang sgt2...da apply keje lain, lum ada jawapan lg..tggu je la..
ada gak apply 1 keje kat perai...hehe..minta2 la dpt..dekat sket dgn buah hati aku...
senang sket nk jumpa lain kali..hehe...


perubahan?aduyai...mcm2 da berubah...
terutama my sexy bodi ni...hahaha...
makin sihat..adeh..makin brisi...huhu..
nk kurus balik...ala..nk kena diet ni..nk kena mulakan senaman rutin ni..
petang2 kena start jogging..hehe...
aku rasa cam nk try main gym la plak..bina badan sket...hihihi....
biar sasa bergaya..haha...


erm..ari tu cincin my darling hilang..mujur la jumpa....
kalu x jumpa, memang aku nk ganti...
tp bkn la ganti dgn emas 916..y murah2 je dulu....
y 916 tu, hehehe..coming soon la..hehe...
28 april ni, kami plan nk jumpa lg...hihii..
rindu sgt2..sgt2 rindu..huhu..
tp plan kali ni, berlainan sket..sebb akan d sertai oleh encik hilmi bogel dan buah hatinya..
dorg nk jln2 kat penang n perak..
so, aku n my buah hati la jd travel guide..hehe..
nk bawak dorg g mana, ye...erm..
mana lg...QuensBay Mall la jawapnya..hehe....aku nk tgk wayang dgn syg aku..hehe...tu da plan kami..
nk tgk cite Fast Five..hehe...
lepas tu, pndai2 la..hehe...



Wednesday, April 13, 2011

Sebelum ini, saya dan Mrs Teddy ada mengongsikan bersama-sama 5 tips dalam berpasangan yang kami amalkan. Tetapi, untuk artikel kali ini, kami pula ada menerima 11 tips dalam berpasangan yang dikirimkan oleh seorang pembaca Tentang Cinta. Ianya amat-amat menarik dan bagus untuk dijadikan sebagai panduan bagi mereka-mereka yang sedang berpasangan.
1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.
2. Jangan 'minder' dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.
3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.
4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.
5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan... ..??
6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?
7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?
8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup... .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka... .
9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.
10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas...
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

Tuesday, April 12, 2011

NIKAH KHITBAH (NIKAH GANTUNG) TIKET UNTUK BER'COUPLE'




Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.



Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaituBERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, 
hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.  Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)  Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!

dipetik dari Ustaz Hashim Al-Maranji

awak...cmne?nk kawin x dgn sy?kikikiki
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(",)


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Lilypie Kids Birthday tickers