Wednesday, April 27, 2011

SHO TIDO?ERM....

 SHO bukan tidor (tapi tak nafi ada juga yg sesuku tu TIDOR),SHO tu "makan hati","sakit hati","susah hati",
"patah hati", "luka hati" dan macam2 lagi "hati" & emosi. 

Nak lapor terus ke JKKP pasal majikan tak "follow" prosedur/peraturan/akta atau ikut garispanduan (berkaitan Scaffolding & lain2) nanti kata kurang ajar, tak mengenang budi, bumi mana dipijak langit tak dijunjung, tiap2/hujung bulan jumpa TOK RIMAU tak pernah miss MENGAUM, (gaji la tu). 

Nak harapkan "SO" ke, "RE", "COW" membantu menegur atau keluar memo/NCR kadang2 jauh sekali............
pasal diaorang fikir "progress" aje..............dan kadang2 termakan budi pasal belanja minum air kelapa muda + pisang goreng


Nak minta diorang keluarkan memo/NCR nanti, PM (bukan Perdana Menteri) bising2 pulak................
nanti tak "ngam" keje, susah SHO


Nak call direct /minta kawan2 ke atau pegawai JKKP buat lawatan/pemeriksaan ke site pun serba salah, takut lain yg diperiksa lain pulak yg dijumpa...............

Nak berkeras nanti kata SHO macam samseng,........
Nak buat daaa aje, nanti kata SHO tidor.............
Nak berlembut pulak nanti kata SHO macam nyah tak agresif.............
Nak, nak, nak, ...........saya tahu dalam hati SHO semuanya NAK..............

Rujuk tulisan Jass, SHO tapak bina ni tak canggih2, tak ber "knowledge", tak moden (maaf kalau salah) tak macam SHO
O&G/Factory/Plant/Marine........................bukan level SAFETY MANAGER tapi kebanyakan SHO tapak bina ni levelnya 
hanya "Site Safety & Health Officer". Tapi ada juga kekawan tapak bina yg taruk nama jawatan panjang sikit
"Health, Safety, Security & Environmetal Officer (HSSE) dan ada yg tambah sikit lagi 
HSSEL ( L tu ringkasan Logistic Officer) 

Nama dan jawatan apa2 pun boleh taruk, tapi alangkah "indah & aman" nya jika pihak JKKP dan bantuan (RAKANDOSH) kerap
buat lawatan/pemeriksaan ke tapak bina.

Faham, saya faham nanti...byk kawan2 kata saya/ SHO tapak bina tak pandai berdiplomasi/komunikasi/berbincang/memberi hujah/cadangan bernas/kreatif/kreaviti/inovatif/tak guna "method" yg betul pujuk atau terang atau diskusi dengan BOSS....
Nanti kekawan akan sediakan carta/graf/flowcart "how to communicate" ...............dan bla bla bla & bla

Kekawan, tulis dan cakap memang mudah, buka komputer buka laman NIOSH Forum dan bagi pendapat........
Ada beza, SHO yg baru dan lama........
Ada beza ,SHO keje di syarikat kecil dan besar
Ada beza, SHO keje di syarikat BSKL (papan 1 atau 2) dan yg daftar hanya di SKKM
Ada beza, SHO keje di tapak bina , O&G dan kilang dan marine......
Ada beza ,SHO keje di tapak bina yg ada ISO, OSHAS & EMS
Ada beza, SHO yg ada sijil, diploma, master, PHD

Ada beza, SHO yg bosnya stail const. kampung dan bandar
Ada beza, SHO yg keras dan lembut


Yg membezakan saya, saya tak pernah keje di O&G, Kilang, marine dan saya tak ada diploma, master, PHD

Seperti yg saya cadangkan:

1. Perkara yg asas - saman/dakwa terus
2. Kerap buat lawatan/pemeriksaan oleh JKKP
3. Budget SHE perlu di ikuti/pantau oleh JKKP
- kalau boleh laporan kewangan/perbelanjaan berkaitan SHE , JKKP perlu semak

kemalangan scaffolding tak mustahil boleh berlaku di tapak bina saya atau di lain2 tempat, anda selaku 
"Scaffold Inspector" pun ada jawapannya.........

Tapi, maaf kalau kata SHO tidor, keras sangat.........gunalah perkataan 'lembut' sikit.....terlelap ke Okey!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(",)


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Lilypie Kids Birthday tickers